Baju Kebaya

Fesyen Baju Kebaya kini semakin mendapat tempat di kalangan wanita muda. Hari ini kita dapat lihat pelbagai fesyen Baju Kebaya yang disesuaikan mengikut trend semasa. Kini, ramai wanita muda gemar menggayakan fesyen ini ke pejabat, untuk menghadiri majlis malah ia juga sering menjadi pilihan di kala Hari Raya.

Gio Fabrics telah memberikan sentuhan moden dalam pada masa yang sama masih mengekalkan ciri-ciri tradisional Baju Kebaya dan telah mengeluarkan beberapa jenis fesyen Baju Kebaya Raya 2021 yang sudah semestinya sesuai untuk digayakan serta si pemakai pasti tampak anggun dengan padanan kain sarung, batik dengan pelbagai corak menarik yang sangat selesa.

 

Baju Kebaya Natrah 2020 (Powder Blue & Ruby Wine)

  

 

Baju Kebaya Natrah merupakan Baju Kebaya pendek moden 2021 yang sangat sesuai digayakan pada Hari Raya Aidilfitri 2021. Fesyen ini masih mengekalkan ciri-ciri tradisional dan juga  sesuai untuk wanita berhijab. Baju Kebaya Natrah juga dipadankan dengan kain bercorak batik dengan dua pilihan corak yang berbeza. Dikombinasikan dengan kain batik sarung yang memberi keselesaan kepada si pemakai. Terdapat dari saiz S hingga XXL dan didatangi dengan 8 warna yang menarik.

 

Baju Kebaya Aster 2020 (Military Olive & Purple)

 

 

Baju Kebaya Aster memberikan gaya yang elegan dan sopan kepada si pemakai. Sentuhan moden minimalis yang diberikan tidak mengubah keseluruhan ciri-ciri traditional busana ini. Baju Kebaya labuh juga menjadi fesyen yang diminati oleh ramai golongan wanita dan dijadikan trend raya 2021. Baju Kebaya Aster didatangi dengan 6 warna yang menarik dan terdapat dari saiz dari S hingga XL.