Family Sedondon Raya 2021

Gio Fabrics juga tidak ketinggalan dalam menyediakan Set Family Sedondon Raya 2021 dengan design terkini yang pasti memikat hati anda. Anda akan rasa lebih bersemangat dan bergaya dengan menggayakan Set Family Sedondon Raya 2021 dari Gio Fabrics serta tampil bergaya mengikut trend terkini.

Pemakaian sedondon masih menjadi satu trend raya yang diikuti ramai. Dengan adanya Trend family sedondon raya dapat menyerlahkan lagi penampilan dan pada masa yang sama memberikan sentuhan elegan untuk sesisi keluarga. Inilah masanya kita bergaya sakan bersama ahli keluarga dengan Set Family Sedondon Raya 2021 untuk lebih memeriahkan lagi Hari Raya Aidilfitri 2021 dan juga sesuai untuk digayakan pada Hari Raya Aidil Adha 2021 yang bakal tiba nanti.

 

Baju Melayu Luth Johor 2020 (Baby Pink & Ice Blue)

 Klik disini untuk koleksi Baju Raya 2021 (Baju Melayu Johor Luth)

Baju Melayu Johor Luth juga dikenali sebagai Baju Melayu Johor atau Baju Melayu Teluk Belanga yang masih mengekalkan ciri-ciri tradisional Baju Melayu. Baju Melayu Johor Luth dengan rekaan slim fit membuatkan si pemakai tampak lebih segak dan bergaya serta memberikan keselesaan kepada si pemakai dengan potongan leher bulat. Diperbuat Daripada material Stripe Citra Cotton merupakan kain yang tidak panas dan sangat selesa untuk kanak -kanak.

Baju Melayu Johor Luth dan Kids Baju Melayu Johor Luth direka khas untuk untuk ayah dan anak lelaki serta didatangi dengan 8 warna yang menarik. Terdapat dari saiz XS hingga XXL untuk dewasa manakala kanak-kanak dari umur 4 tahun hingga 14 tahun.

Baju Kurung Kedah Zulaikha 2020 (Sky Blue & Moss Green)

 Klik disini untuk koleksi Baju Raya 2021 (Baju Kurung Kedah Zulaikha)

Baju Kurung Kedah Zulaikha dan Kids Baju Kurung Kedah Zulaikha direka khas untuk ibu dan anak perempuan. Baju Kurung Kedah Zulaikha merupakan baju kurung potongan kurung kedah yang masih mengekalkan ciri-ciri traditional. Mempunyai potongan baju yang sedikit berbeza di mana pada bahagian belakang baju lebih labuh daripada bahagian hadapan baju. Dipadankan dengan kain potongan lipat batik yang memberikan keselesaan kepada si pemakai manakala untuk Kids Baju Kurung Kedah Zulaikha dipadankan dengan kain potongan duyung yang sesuai dan juga memberikan keselesaan untuk kanak-kanak.

Diperbuat daripada material Stripe Citra Cotton merupakan kain yang tidak panas dan sangat selesa untuk kanak -kanak. Didatangi dengan 8 warna sedondon yang menarik untuk seisi keluarga. Terdapat dari saiz XS hingga XL untuk dewasa manakala kanak-kanak dari umur 4 tahun hingga 12 tahun.