Raya 2021 : Baju Kurung Pahang

Baju Kurung Pahang atau dikenali sabagai Baju Kurung Riau Pahang pula menyingkap pertalian sejarah antara kedua negeri Riau dan Pahang. Walaupun Riau dan Pahang adalah dua buah negeri yang berjauhan, perhubungan politik dan sosial budaya yang terjalin sewaktu zaman kerajaan Melayu Melaka terserlah dengan terciptanya potongan pakaian ini yang juga dikenali sebagai Baju Belah atau Baju Kebaya Turki. Berbeza dengan pesak baju kurung, kedua-dua bahagian tepi Baju Kurung Riau Pahang berpesak kembang yang disambungkan kekek gantung. Baju berkolar tinggi ini amat menarik sekali dipakai dengan tujuh atau sembilan butir butang.

Perkembangan fesyen hari ini semakin pantas selari dengan perubahan trend 2021 dengan pelbagai stail baru dan menyuntik sedikit elemen moden agar ia sentiasa menjadi pilihan wanita.

Walaubagaimanapun, setiap revolusi demi revolusi dalam perubahan pakaian traditional, identiti asal fesyen masih dikekalkan seperti Baju Kurung Pahang. Baju Kurung Pahang tidak pernah ditelan zaman malah masih digayakan di majlis majlis keramaian, di pejabat serta dijadikan trend pada Hari Raya. Terdapat beberapa pilihan fesyen Baju Kurung Pahang di Gio Fabrics yang sudah semestinya menepati citarasa anda.

kurung pahang senna

Kurung Pahang Senna

Baju Kurung Pahang Senna merupakan Baju Kurung Pahang yang masih mengekalkan ciri ciri tradisional. Kelihatan simple tetapi elegan. Diperbuat daripada kain jenis Taffeta yang memberi keselesaan kepada si pemakai. Baju Kurung Pahang Daniella didatangi dengan 6 warna yang menarik dan mempunyai saiz dari S hingga XL.

kurung pahang senna

Klik disini untuk koleksi Baju Raya 2021 (Baju Kurung Pahang Senna)

kurung pahang thea

kurung pahang thea

Baju Kurung Pahang Thea tampil ringkas dan bergaya tanpa imej sarat. Diperbuat daripada kain jenis Chitra Cotton. Sesuai digayakan untuk menghadiri majlis pergi ke pejabat serta sangat memberi keselesaan kepada si pemakai. Terdapat saiz dari S hingga XL dan hadir dalam 6 warna yang menarik buat anda.

kurung pahang thea

Klik disini untuk koleksi Baju Raya 2021 (Baju Kurung Pahang Thea)